Assalamualaikum wahai imamku..
Dimanakah kamu berada di waktu ini??
adakah dirumah, di masjid, di surau atau di kedai kopi?
amatlah aku harapkan kamu berada ditempat yang baik..
dan semoga kamu berada didalam lindungan Allah..
Imamku,
tidak kiralah dimana saja kamu berada,
aku mohon jagalah imanmu..jagalah akhlakmu..
jagalah hati dan jagalah pandanganmu..
aku tidaklah cemburu jika kamu melihat wanita lain..
cuma aku akan tersangat kecewa sekiranya kamu memandang
wanita itu dengan pandangan yang penuh syahwat..
Imamku,
kini aku sedang menyiapkan diri untuk menjadi
isteri solehah buatmu..lalu harapanku juga agar kamu
turut menyiapkan dirimu untuk menjadi imam yang terbaik untukku..
Imamku,
sekiranya kamu sedang menyintai wanita lain
berhati hatilah...agar kamu tidak terjerumus ke lembah maksiat..
aku tidak cemburu sama sekali cuma aku takut dan gelisah kiranya
putera dan puteri kita mengikut jejak langkahmu..
akan aku jaga diri dan maruahku sebaik mungkin..
hanya untukmu imamku..
Imamku,
aku kira cukuplah dulu sampai disini saja
pesananku buatmu..
kata kata akhir dari aku (makmummu)
jagalah peribadimu kerana aku sangat menyayangimu..
aku juga turut mendoakanmu kesejahteraanmu.. =)


No comments:
Post a Comment