-->

Lakaran Rahsia Lukisan Hati

Sunday, 22 September 2013

Aku Mohon Ya Allah

Ya Allah..jika dya yang kau ciptakan
buat diriku ini, kau kuatkan lah haty kami dlm
menempuhi segala ujianmu ya Allah...

Ya Allah, kau jauhkan lah kami dari segala
godaan, dengki kianat, dan tipu daya dari jin, syaitan dan manusia..

Ya Allah, kau berkatilah hubungan kami dan kau
redhailah perhubungan kami ini.. kau mudahkanlah
urusan kami dlm menuju redhamu ya Allah..

Saat haty kami mula goyah dan mecurigai antara satu sama lain
aku mohon Ya Allah supaya kau hilangkan perasaan tu..
saat haty kami lagi gundah dlm menempuhi ujian mu,
aku mohon kau tetapkanlah haty kami utk terus bersatu..

Ya Allah... Aku mohon jgn kau ambil dya dari aku..
aku mohon ya Allah... akhirilah hubungan kami
di syurgamu ya Allah..

amin..





Posted by Farisa Ariana at 10:47 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, 19 July 2013

Abu Aisya Humaira'

Assalamualaikum..dah lama x update kan??
ish2...dah bersawang blog ni..hahaha..
kali ni rsa nk update tentang Abu Aisya..

actually his is my "bakal Imam"..
hahaha...cam poyo je kan?? kui3..
hmmm... nama pakcik ni ialah 
MOHAMAD ASYAARI BIN KHORDIN..
org kampung ana jgk..alah..senior sekolah dlu..hikhikhik

skang ni dya kat sabah..dya keje askar..
sedih sgt sbb dya x balik raya ni..
dya kena keja..hikhikhik...hmm....dah nasib kan?
sabor ja lah..

Alhamdulillah...Allah hadirkan dya dlm idup ana..
orgnya x la nsem tp sedap mata memandang..just nice la..
hahaha...(jgn marah tau sbb ckp awak x nsem)..
selalu tegur n ingatkn ana lau ana buat salah n terlupa..

harap2 ni yang terakhir dlm idup ana..
in shaa Allah...hampir tiap ary buat istiqarah..
mohon diberi petunjuk..Alhamdulillah...ana nmpak dya..
haty jd tenang dan rsa selamat dengan dya.. terima kasih Allah..



Posted by Farisa Ariana at 08:46 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, 6 May 2013

Kangen Band – Kau Tipu Aku




betapa remuk jantungku
kau tipu aku
kau tipu aku

betapa sakit hatiku
kau buang aku
kau buang aku

ku tatap langit yang hitam
saat menanti malam
kau pun tak kunjung datang

kau buat gelap pelangi
lalu kau datang lagi
membuat luka ini

reff:
kau jangan mencoba untuk di sini
kau jangan mencoba untuk kembali
bila kau di sini
biar ku yang pergi

kau tlah ingkari semua janjimu
kau tlah ingkari semua sumpahmu
sudah usai sudah cerita tentang kita

jangan pernah kau di sini
jangan pernah kau kembali
jangan pernah kau di sini
aaaaa

betapa remuk jantungku
kau tipu aku
kau tipu aku

Posted by Farisa Ariana at 09:41 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, 27 February 2013

Hilangnya Sifat MALU Dalam Diri Manusia




Fuh!!
Entah la.. Tak tahu nak cakap apabila melihat
kelakuan manusia akhir zaman ni..
Subhanallah...Harap Allah mengampunkan dosa-dosa mereka..

ketika dalam perjalanan ke kolej tadi,
ana terjumpa dengan sesuatu ****** yang sangat memalukan
untuk di sebutkan namanya disini..
Masya Allah..sudahlah melakukan perbuatan terkutuk,
bahan bukti pula di buang merata-rata tempat..

Ya Allah, apa la nak jadi pada manusia hari ini??
tiada lansung perasaan malu dalam diri..



apabila manusia sudah menjadi haiwan,
itulah yang terjadi..
barangkali mungkin juga haiwan akan berasa malu
melihat manusia akhir zaman ni..


Posted by Farisa Ariana at 07:23 1 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, 24 February 2013

Ya Allah, Redhakanlah Aku




Time ana taip entry ni berjurai air mata mengalir..
Ya Allah, cukup redhakan aku dengan takdirmu?
Ya Allah, aku mohon redhakanlah hatiku menerima ujian darimu..
Ya Allah, jika ini perkara terbaik yang telah kau aturkan untukku
maka kau ikhlaskan aku dalam menerima ujianmu..

Ya Allah, hanya kau mengetahui isi hatiku..
Aku sakit Ya Allah...janganlah kau uji aku
melepasi mampuku Ya Allah..
Ya Allah, hilangkan lah bayangan "dia"
sama ada dalam jaga mahupun tidurku..
aku mohon Ya Allah..
Posted by Farisa Ariana at 04:15 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, 12 April 2012

Assalamualaikum wahai imamku..

Assalamualaikum wahai imamku..
Dimanakah kamu berada di waktu ini??
adakah dirumah, di masjid, di surau atau di kedai kopi?
amatlah aku harapkan kamu berada ditempat yang baik..
dan semoga kamu berada didalam lindungan Allah..

Imamku,
tidak kiralah dimana saja kamu berada,
aku mohon jagalah imanmu..jagalah akhlakmu..
jagalah hati dan jagalah pandanganmu..
aku tidaklah cemburu jika kamu melihat wanita lain..
cuma aku akan tersangat kecewa sekiranya kamu memandang
wanita itu dengan pandangan yang penuh syahwat..

Imamku,
kini aku sedang menyiapkan diri untuk menjadi
isteri solehah buatmu..lalu harapanku juga agar kamu
turut menyiapkan dirimu untuk menjadi imam yang terbaik untukku..

Imamku,
sekiranya kamu sedang menyintai wanita lain
berhati hatilah...agar kamu tidak terjerumus ke lembah maksiat..
aku tidak cemburu sama sekali cuma aku takut dan gelisah kiranya
putera dan puteri kita mengikut jejak langkahmu..
akan aku jaga diri dan maruahku sebaik mungkin..
hanya untukmu imamku..

Imamku,
aku kira cukuplah dulu sampai disini saja
pesananku buatmu..
kata kata akhir dari aku (makmummu)
jagalah peribadimu kerana aku sangat menyayangimu..
aku juga turut mendoakanmu kesejahteraanmu.. =)
Posted by Farisa Ariana at 08:29 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, 21 February 2012

Surat Untuk Bakal Ibu Mertua ku…….

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
...
Sebelum saya terus mengukir kata dalam tulisan ini..
izinkanlah saya memperkenalkan diri terlebih dahulu
duhai bakal ibu mertuaku…..
Perkenalkanlah saya adalah wanita biasa dengan keperibadian yang teramat biasa
dan dari kalangan keluarga yang biasa sahaja…

Saya bukanlah Khadijah r.a, Seorang wanita yang luar biasa dalam Sejarah wanita Islam…dan teramat Mulia.....

Saya bukanlah Aisyah r,a, Seorang yang utama dalam ketakwaannya…..

Bukan pula Fatimah Az Zahra yang sangat utama dalam Ketabahannya……..

Tidak pula seperti Zulaikha yang teramat sangat cantiknya……….

Apalagi al Khansa yang sangat pandai mendidik mujahid – mujahid kecilnya…….

Tapi..Seperti yang saya katakan.,saya hanya wanita biasa,…
Dengan ketakwaan yang biasa….
Ketabahan yang tak seberapa…..
Dan kecantikkan saya pun tak layak di perhitungkan….

Namun ibu,….
Saya adalah wanita akhir zaman,….
Yang punya cita – cita, menjadi wanita Solehah…
Yang akan berusaha mengabdi pada bakal Suamiku
dan juga padamu…..bakal Ibu mertuaku….
Saya bukanlah musuhmu yang hendak merebut perhatian dan kasih sayang anakmu….
Tapi saya akan menjadi rakan mu untuk memberikan kasih sayang pada anak mu..
Dan kelak pada mujahid – mujahidahku, bakal cucu mu duhai ibu…..

Engkau tak perlu bimbang ibu,…
Saya tak akan merebut perhatian anak mu…
Justeru saya akan menjadikannya lebih taat padamu….
Kerana akan saya katakan padanya bahawa….
engkaulah yang utama patut mendapat perhatiannya…

Saya pun tak akan marah jika engkau membantu mengatur rumah tangga ku..
Kerana sebagai wanita yang baru bernikah patutlah saya belajar darimu yang berlimpah pengalaman….
Dan engkau yang lebih tahu keinginan anakmu…..

Duhai, bakal ibu mertuaku….
Saya harap kita bisa menjadi rakan yang baik…
Kerana pernikahan adalah membuka tabir rahsia antara aku dan anakmu…
Memerlukan banyak kesabaran untuk menghadapi banyaknya kejutan – kejutan dari perbezaan antara kami….

Saya berharap engkau dapat menjadi penasihat jika ku sedang dalam kealpaan…
Menjadi pendegar yang setia saat saya dlm kesusahan….

Kerana sekali lagi saya bukanlah siti hajar yang sabar dalam penderitaan….

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Bakal Menantumu….
Posted by Farisa Ariana at 07:24 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
Red Butterfly


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Demi Masa

About Me

My photo
Farisa Ariana
Ana hanya insan biasa yang punya pelbagai kekurangan.. melalui penulisan ana cuba melakarkan rahsia lukisan hati..
View my complete profile

Blog Archive

  • ▼  2013 (5)
    • ▼  September (1)
      • Aku Mohon Ya Allah
    • ►  July (1)
    • ►  May (1)
    • ►  February (2)
  • ►  2012 (5)
    • ►  April (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2011 (18)
    • ►  December (5)
    • ►  November (10)
    • ►  September (3)

Layan...Zzzzz

Facebook Badge

Farisa Ariana

Create your badge

Followers

Photobucket

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Cute Pink Flying Butterfly
Ethereal theme. Powered by Blogger.