-->

Lakaran Rahsia Lukisan Hati

Tuesday, 29 November 2011

Cinta Hatiku!!

Hari ni hari yang paling sedih dalam hidup ana..
Sebabnya cinta hati ana dah tinggalkan ana...

Awak , kenapa awak buat saya camni??
awak dah tak sayang saya ke??
tanpa awak hidup saya dah tak bererti..
tanpa awak hidup saya dalam kegelapan..
tanpa awak hidup saya teraba-raba..
tanpa awak hidup saya jadi sepi..

lepas ni sapa nak temankan saya??
sapa yang nak redakan kemarahan saya??
sapa yang nak bimbing saya??

awak, kembalilah..saya merayu sangat2 ni..
janganlah tinggalkan saya..
awak sebahagian dari hidup saya..
dah 7 tahun kita menyemai kasih..
tp kenapa ada yang tegar melihat kita berpisah??

saya tak nak yang lain..
saya cuma nak awak..
please..come back....

kepada sesiapa yang terambil cinta hatiku
di surau tadi silalah kembalikan..
tolong la..kembalikan kesayangan ana..
(AL-QURAN berkulit putih)..

(mata dah bengkak, hidung dah merah ni)




Posted by Farisa Ariana at 02:40 1 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, 28 November 2011

kenape ALLAH temukan kita dengan org yg salah

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..
Posted by Farisa Ariana at 21:33 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wahai Akhi, Maafkan Ana!!

Akhi , maafkan ana..bukan ana tak nak
jawab panggilan akhi tapi ana tak nak menuangkan
cairan timah ke telinga akhi..


Akhi , semalam ada seorang pakcik yang tersalah
menghubungi ana..selepas selesai berbicara dya mesej ana..
katanya "anakku, suaramu begitu manja sekali di pendengaranku,
jadi aku harap kau berhati2 dalam bebicara dengan bukan mahrammu"..


Secara tidak sedar mengalir air mata ini kerana tidak
tertahan kesedihan membayangkan terlalu banyak dosaku kepadamu akhi..
ana sangat berterima kasih kepada hamba Allah itu kerana telah menyedarkan ana
akan kesilapan dan kealpaan ana selama ini..


Maafkan ana kerana tidak menjawab panggilan akhi semalam..
ana takut untuk menjawab panggilan akhi kerana ana masih tidak
mampu untuk tidak melunakkan suara apabila berbual dengan dengan Akhi..
MAAFKAN ANA!! 


Lebih baik rasanya kita bertanya kabar hanya melalui mesej 
atau jalan yang terbaik kita tidak berhubungan lansung.. =) 
MAAFKAN ANA ye akhi2 sekalian..=)

Posted by Farisa Ariana at 02:08 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, 26 November 2011

'Lembaran Hidup Wanita Solehah"

Mampukah aku menjadi seperti SITI KHADIJAH??
agung cintanya kepada Allah dan Rasululullah...
hartanya diperjuangkan kejalan fisabililillah..
penawar hati bagi kekasih Allah..
susah dan senang rela bersama..


Dapatkah ku didik jiwa seperti SITI AISYAH??
isteri rasululullah yang bijak..
pendodorng kesusahan dan keperitan..
tiada yang sukar untuk dilakukan..


Mengalir air mataku melihat pengorbanan
puteri solehah SITI FATIMAH..
akur dalam setiap perintah, taat kepada abuyanya...
sentiasa berjuang sehinggakan tiada memiliki harta dunia..
layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga...


Ketika aku marah, ingikku intip serpihan sabar 
dari catatan hidup SITI SARAH..


Tabahkan jiwaku, setabah umi nabi ismail,
mengendong bayinya yang masih merah,
mencari air penghilang dahaga di terik padang pasir..
ditinggalkan suami akur tanpa bantahan..
pengaharapan hanya pada Allah...
itulah wanita bernama SITI HAJAR...


Mampukah aku menjadi wanita solehah??
mati dalam keunggulan iman..
bersinar dan harum tersebar bagai wanginya pusara MASYITAH...


MAMPUKAH AKU???
Posted by Farisa Ariana at 01:38 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saat Aku Jatuh Cinta

Ya Allah,sekiranya aku jatuh cinta
cintakanlah aku pada seorang yang melabuhkan cintanya kepadamu,
agar bertambah kekuatanku untuk mencintaimu..


Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
jagalah agar cintaku kepadanya tidak melebihi cintaku kepadamu..


Ya muhaimin,jika aku jatuh hati,
izinkan akuy menyentuh hati seorang yang hatinya terpaut kepadamy,
agar tidak aku terjatuh ke dalam jurang cinta nafsu..


Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seorang yang merindui syahid dijalanmu..


Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihmu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya
bermunajat di sepertiga malam terakhirmu...


Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihmu,
jangan biarkan aku terletih dan terjatuh
dalam perjalanan panjangku menyeru manusia kepadamu..


Ya Allah, engkau mengetahui bahawa hati hati ini
telah terhimpun dalam cinta padamu,
telah terjumpa untuk untuk taat padamu,
telah bersatu dalam dakwah padamu,
telah bersatu dalam membela syariatmu..


Y a Allah, kukuhkanlah ikatannya,
kekalkanlah ciptaanya, tunjukilah jalan-jalannya,
penuhilah hati-hati ini dengan cahayamu yang tidak pernah pudar,
lapangkanlah dada kami dengan limpahan keimanan kepadamu....
hanya padamu kami mampu memohan dan mengantungkan harapan..aminn....
Posted by Farisa Ariana at 00:16 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, 22 November 2011

Sepetang With My Love!!

Selasa    22/11/2011

      
 mulut kibby penuh dengan bebola sotong..comey giler..hahaha

 makan dengan penuh kemarahan sebab x dapat buku angry bird.. 

  merajuk dan tak bagi ana ikut dya balik rumah..

 muka excited coz dah dipujuk dgn coklat...

 he always call me "MAMA"..then "toli la..tetilap pulak"..
i love u kibby...=)

Posted by Farisa Ariana at 08:06 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, 21 November 2011

Kehilangan Akhi Yang Tersayang

Akhi, kehilanganmu membuatkan ku menjadi gundah..
hidupku dulu yang penuh dengan warna warni keceriaan 
kini sudah berganti dengan seribu kesuraman.. aku kini bagaikan
hidup benyawa tanpa hati dan perasaan..luluh hatiku melihat tanganya
merangkul pinggangmu..sesak dadaku melihat dia mencium pipimu di khalayak..


Akhi, sesudah bertahun-tahun kita menyemai kasih tetapi kau tetap tidak ditakdirkan
menjadi milikku..aku kecewa akhi..tapi aku redha dan ikhlas menerimanya kerana
aku begitu yakin dengan janji Allah..


Akhi, maafkan aku kerana aku tidak dapat menunaikan janji kita dahulu untuk
menyintai dan menyanyangimu sepanjang hayat kerana aku terpaksa membuang perasaan
ini demi kebaikan hidup rumah tanggamu.. MAAFKAN AKU!!!
percayalah, sesungguhnya aku tidak pernah dan tidak akan berdendam kepadamu dan isterimu..
Disini aku ucapkan "selamat pengantin baru & selamat datang kedalam keluarga kami" (kini kau sudah pon menjadi suami kepada sepupuku)...
Posted by Farisa Ariana at 23:14 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Demi Sebuah Iman Dalam Hati Yang Lalai



Ada seorang hamba Allah, si Fulan namanya. Dulu dia jahil dan banyak tak tahu tentang hukum hakam dalam Islam, yakni agamanya. Kemudian dia diberi hidayah dan taufik untuk belajar menimba ilmu agama. Sedikit demi sedikit dia ambil ilmu Islam. Sedikit demi sedikit dia berubah dan berhijrah ke arah yang lebih baik. Daripada tak pernah solat, dia solat cukup 5 waktu setelah beberapa minggu berusaha untuk mencukupkannya. Ya perasaan berhijrah itu amat manis dan rasanya tak dapat terungkap oleh kata-kata bila mengsyukuri nikmat Allah.

Hidupnya berubah, dunianya berubah, sekelilingnya berubah. Dia cuba menjaga dirinya dari lalai oleh dunia. Banyak aktiviti di dunianya dahulu disekat dirinya sendiiri kerana takut akan kembali terjerumus ke lembah maksiat. Kawan-kawannya ramai melihat perubahannya, dari segi sikap, perkataan, perbuatan atau zahirnya. Setiap hari dia tak pernah jemu mencari walau sedikit ilmu agama. Mulutnya dilatih supaya menyebut Allah, Allahuakbar, Subhanallah, Alhamdulillah serta beberapa ayat zikir dan bacaan Al-Quran supaya tidak lagi mengucapkan perkataan yang sia-sia.

Matanya dijaga supaya tidak lagi memandang yang haram. Di dunia serba moden ini, banyak sungguh dugaan mata dan hati. Ramainya wanita berbogel walau berpakaian di jalanan membuatkan dia terpaksa jalan tunduk melihat tar-tar jalan raya sahaja sambil sesekali melihat ke hadapan. Telinganya cuba dijaga dari mendengar lagu-lagu yang melalaikan dan kata-kata kesat serta lucah yang diucapkan kawan-kawannya yang masih lagi terbuai di arus dunia moden. Jika boleh segala perbuatannya hendak dijaga dan disekat dari melakukan kesalahan. Ia usaha yang amat sukar, tapi sangat berharga.

Apabila dalam hatinya disematkan Allah dan Islam, cintanya pada dunia makin luput. Walaupun dia seorang graduan universiti dan masih sedang mencari pekerjaan, dia tidak risaukan langsung tentang rezekinya kerana dia yakin Allah ada bersamanya memberi rezeki. Bukan terlalu memilih dan bukan mengada-ngada, cuma dia rasakan hatinya dan dirinya perlu dijaga sebaik mungkin dari arus keduniaan ini. Dia sangat takut untuk bekerja di dunia luar yang penuh dengan segala kelalaian. Dia terlalu cintakan iman yang diperolehi, lalu dia tekad untuk memilih kerjaya dan tempat kerja.

Dalam pemikirannya dia ingin bekerja di masjid, tak kira gajinya sedikit pun dia sanggup. Itu pilihan pertamanya kerana dia akan rasa sejuk hati apabila sentiasa berada di dalam rumah Allah dan dia akan bekerja dalam suasana yang tiada ‘wanita berbogel’ yang dapat merosakkan mata dan hatinya. Jika dia diterima sebagai pembersih masjid pun dia sanggup kerana dia tahu setiap kotoran yang dibersihkan pada masjid itu Allah akan balas dengan ganjaran hebat di syurga. Dia memang ingin sentiasa dekat dengan Allah walau dalam pekerjaannya. Di samping itu dia boleh solat secara berjemaah dan mendapatkan ilmu agama yang banyak dari situ.

Terdetik dalam hatinya untuk bekerja di jabatan agama atau majlis agama yang ada dalam negara ini. Itu pilihan keduanya. Kali terakhir dia pergi ke jabatan agama untuk memohon kerja, dia lihat suasana di sana sangat menyejukkan hatinya, para pekerja lelaki dan wanita semuanya menutup aurat dengan baik. Jadi tiada sangat godaan dari golongan bukan mahramnya. Tapi apa yang menyedihkannya, dia tak pernah ada walau segulung diploma atau ijazah dalam bidang agama yang dicintainya. Memikirkan tentang menyambung pelajaran dalam bidang agama untuk melayakkan dirinya bekerja di tempat sebegini, dia tidak mahu lagi berhutang, cukuplah dengan apa yang ditanggung kini.

Umurnya kian lanjut dan dia masih belum berkahwin. Sepatutnya dalam umur dia yang sekarang, dia sudah patut bekerjaya dan berkahwin. Tapi dia terima semua ini sebagai satu ketentuan dari Tuhan. Ramai kawan-kawan dan sahabatnya sudah menjejakkan kaki ke alam perkahwinan dan ada juga telah mempunyai zuriat, namun dia hanya pasrah menanti ketentuan Tuhan. Dia sebenarnya ingin sangat berkahwin kerana dia hendak menjaga kemaluannya, matanya, hatinya, dari godaan sang hawa dan nafsu. Selain itu dia ingin meningkatkan iman kepada Allah dengan berkahwin, yakni memenuhi sunnah Rasulullah dan dia dapat membuat apa-apa perkara bersama isteri dan pastinya pahala milik mereka yang berkasih sayang sambil mengamalkan ajaran Islam.

Dia tak kisah jika isterinya tak pandai agama atau perlukan bimbingan kerana dia sendiri dahulu seorang yang lalai. Dalam dirinya tersemat satu impian ingin mendidik isterinya dan menjaganya dengan baik seperti amanah yang akan diberi oleh bakal bapa mertuanya. Impiannya hanya satu, ingin hidup bersama dengan isterinya di dunia dan akhirat kekal di dalam syurga selamanya. Dia ingin didik dan jadikan isterinya wanita solehah dan dia ingin redha terhadap isterinya yang diajar tentang Islam yang indah. Semuanya hanya impiannya yang amat tinggi dan ikhlas. Hanya Allah sahaja yang mengetahui segala isi hatinya.

Kini, dia hidup dalam dunianya yang sepi dari manusia, mengurung diri dalam rumah dan amat jarang sekali untuk keluar bersosial bersama rakan-rakannya. Dia ingin menjaga nikmat iman dan islam yang diberi. Walau ibu bapanya kadangkala ‘bising’ kerana faktor usianya yang perlu keluar mencari pekerjaan untuk hidup di masa hadapan, dia masih tetap membisu. Dia meluahkan isi hatinya tentang agama Allah dalam dunia mayanya, berkongsi ilmu dan pahala bersama orang lain. Dalam hatinya dia bersedih atas apa yang ditimpa padanya, tapi apabila dia ingat Allah dan bersujud padaNya, keresahan dalam hatinya hilang dan dia menjadi syukur. Katanya, “Wahai hati, janganlah bersedih, sesungguhnya Allah bersama-sama kita”.
Posted by Farisa Ariana at 22:45 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Cinta Yang tak Masuk Akal



Seorang ayah pergi merantau ke luar negara untuk mencari rezeki meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak. Dia seorang yang penyayang dan sangat dikasihi dan dihormati pula oleh ahli keluarganya.

Setelah keadaannya di rantau orang agak stabil, dia menghantar surat pertama kepada keluarganya. Mereka sangat gembira menerima surat yang sungguh bermakna dari seorang ayah yang sangat dikasihi dan disayangi. Sampul surat itu ditenung berulang kali. Masing-masing memeluk dan mengucup surat tersebut bagai tidak mahu dilepaskan. Kemudian surat yang berharga itu disimpan di dalam pembalut sutera yang indah. Sekali sekala surat itu dikeluarkan dari pembalutnya untuk dibersihkan daripada debu dan habuk. Kemudian meletakkan kembali di dalam pembalutnya.

Kemudian tiba pula surat kedua, ketiga dan seterusnya. Semuanya disimpan dan dijaga rapi seperti surat pertama.

Beberapa tahun berlalu…

Tibalah masa untuk si ayah pulang menemui keluarga tercinta. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati tiada seorangpun yang tinggal kecuali anak bongsunya. Dengan cemas dia bertanya:

- Mana ibumu?

- Ibu ditimpa sakit yang amat teruk. Kami tidak ada wang untuk membiayai rawatannya sehingga akhirnya dia meninggal dunia.
- Kenapa begitu? Apakah kamu tidak membuka suratku yang pertama? Di dalamnya terkandung sejumlah wang yang banyak untuk perbelanjaan kamu?

- Tidak!

- Di mana pula abangmu?

- Dia telah terpengaruh dengan kawan-kawan sebaya yang jahat. Selepas kematian ibu, tidak ada siapa yang mampu menasihatinya. Sekarang dia sudah jadi sebahagian daripada mereka.

- (Ayah semakin hairan) Kenapa begitu? Aku telah tulis dengan panjang lebar menasihati kamu agar berhati-hati memilih kawan. Jangan berkawan dengan orang jahat kerana lama kelamaan kita juga akan jadi jahat! Aku juga meminta agar abangmu itu mengikut aku di rantau orang. Apakah kamu tidak membaca suratku?

- Tidak!

- لا حول ولا قوة إلا بالله

- Kakakmu di mana?

- Dia pernah tulis surat kepada ayah meminta nasihat tentang seorang pemuda yang melamarnya. Sekarang dia telah berkawin dengan pemuda itu. Tapi malangnya dia tidak bahagia. Hidupnya menderita didera sepanjang masa lahir dan batin.

- Bukankah aku telah jawab surat itu menasihatinya agar jangan terima lamaran pemuda itu? Aku telah ingatkan, jangan pillih pasangan berdasarkan harta dan kedudukan. Tapi pilihlah berdasarkan agama, akhlak dan keturunan! Kamu tidak baca semua surat-suratku?

- Tidak! Kami simpan surat-surat ayah di dalam pembalut sutera yang cantik, kami usap dan cium surat itu sebagai tanda sayang dan rindu kami kepada ayah! Tetapi kami tidak membacanya…

Tidak ada siapa yang percaya akan kebenaran cerita ini. Mungkin ada yang akan berkata ia tidak masuk akal sama sekali!

Namun sedarkah kita bahawa inilah kisah benar. Kisah yang tak masuk akal inilah yang berlaku dalam kehidupan umat Islam hari ini?

Kita menerima SURAT dari Yang Maha Mengetahui, Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Memerhati lagi Maha Bijaksana. SURAT yang mengandungi panduan, ajaran serta petunjuk dalam segenap bidang kehidupan. Tetapi sejauh mana kita membaca, memahami dan mengikuti panduan yang diberi?

Maka jadilah apa yang terjadi! Umat Islam mati dibunuh saban hari, di sana sini. Jenayah meningkat, keruntuhan akhlak mencemaskan di semua peringkat, wanita-wanita didera dan diperkosa tanpa mengira tua atau muda, bayi-bayi yang tidak berdosa dibuang merata-rata, dan bermacam-macam kejahatan, maksiat dan kemungkaran yang menjijikkan.

Semuanya berpunca daripada tidak membaca dan mengambil pengajaran daripada SURAT yang dikirim oleh Pencipta Yang Maha Esa Yang Amat Sayang kepada makhluk-Nya!

"Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali 
(1) orang-orang yang beriman, (2) dan yang beramal soleh 
(3) dan yang berpesan2 pada kebenaran (4) dan yang berpesan2 pada kesabaran". 
~Surah Al-'Asr
Posted by Farisa Ariana at 22:39 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Aku Sudah Bertunang

Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di te...pi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.
Aku hanya seorang insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.
Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.
Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.
Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.
"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"
Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."
"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."
"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."
Ibu angguk perlahan.
Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.
Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.
"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"
Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.
"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."
Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.
"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"
Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.
"Bila enti menikah?"
Aku tiada jawapan khusus.
"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.
"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.
"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.
"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."
Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...
"Usah berlebihan ya..."
Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.
"Insyirah, jom makan!"
Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.
"Tafaddal, ana puasa."
Sahabiah juga semakin galak mengusik.
"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"
"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."
Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.
.......................................
"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."
"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."
"Ya Allah, tenangnya..."
"Moga Allah memberkatinya...."
Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.
Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.
Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.
Dalam sedar tidak sedar...
Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.
"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."
Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...
"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"
Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."
"Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.
"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."
Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.
"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."
"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."
Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.
"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."
Posted by Farisa Ariana at 22:36 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
Red Butterfly


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Demi Masa

About Me

My photo
Farisa Ariana
Ana hanya insan biasa yang punya pelbagai kekurangan.. melalui penulisan ana cuba melakarkan rahsia lukisan hati..
View my complete profile

Blog Archive

  • ►  2013 (5)
    • ►  September (1)
    • ►  July (1)
    • ►  May (1)
    • ►  February (2)
  • ►  2012 (5)
    • ►  April (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ▼  2011 (18)
    • ►  December (5)
    • ▼  November (10)
      • Cinta Hatiku!!
      • kenape ALLAH temukan kita dengan org yg salah
      • Wahai Akhi, Maafkan Ana!!
      • 'Lembaran Hidup Wanita Solehah"
      • Saat Aku Jatuh Cinta
      • Sepetang With My Love!!
      • Kehilangan Akhi Yang Tersayang
      • Demi Sebuah Iman Dalam Hati Yang Lalai
      • Cinta Yang tak Masuk Akal
      • Aku Sudah Bertunang
    • ►  September (3)

Layan...Zzzzz

Facebook Badge

Farisa Ariana

Create your badge

Followers

Photobucket

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Cute Pink Flying Butterfly
Ethereal theme. Powered by Blogger.